Thursday, November 12, 2009

BDAY!!!! 13/11/2009


tak sangka pagi2 buta RK dah ketuk pintu rumah siap bawak kek lagi.....
" HAPPY BDAY MAK.........."
terkejut la pulak bila dia buat surprise tiba2..... tapi seriously cheeze cake tu memang sedap......
Eleng pun hantar mesej " happy bday emek"
Ibah pun wish bday jugak... dia kata "selamat hari jadi, moga panjang umur, murah rezekidan sihat tubuh badan. HARI AHAD NI KITA SAMBUT"...... OK la tu...... sekurang-kurang nya ingat jugak........
malam tadi pet dan nenek dah wish bday..... erm... kalau buat party nie mesti banyak dapat hadiah.....

Wednesday, November 11, 2009

12/11/2009

Lama tak menulis.....
Pagi yang membosankan....what to do??? terima je la...
5.50 a.m terjaga dah... macamana boleh terlelap semula..hampeh..6.12 a.m. pulak bangun. Terkejar2 masuk bilik air kmd solat subuh. tak sempat nak masak nasi lemak macam yang dah di plan malam tadi...buat sambal telur dengan masak nasi aje sempat...jadilah untuk ekin makan nanti. On the way g keje singgah breakfast roti canai garing satu teh tarik satu... sedapp. Wah!! kat office pagi ni byak makanan.....alhamdulillah masing2 nak bersedekah di pagi khamis ni...bertambah kenyang.
Yang bermain dalam kepala sekarang kenapa ada orang tu orang payah sangat nak bermanis muka...makin lama makin meluat pulak tengok. Kemudian ada pulak orang tu suka sangat menyusahkan orang...tak boleh ke memudahkan?

Sunday, February 22, 2009

masak apa ye?

Dalam perjalanan balik kerja petang semalam fikir-fikir nak masak apa ye untuk dinner? Ok decide nak masak simple je....tumis air bayam hijau, sampal ikan dengan jering tumbuh dan daging goreng kicap. Sedappp....budak-budak ni kata masa makan tu.. hehehe. Bertambah-tambah nasi termasuklah abah dia.
Sambil masak sempat lagi prepare cheque nak bayar kat supplier ni, delay dah payment untuk dia ni...nasiblah dia ni ok je.
Sempat jugak bagi ke Alan drawing untuk kerja baru, explain apa dia kena buat estimate budget berapa, biar dia pandai sikit buat business.... Macamana lah nak cepat siap masak ni... ada je kerja sampingan.
Malam bolehlah rehat sikit, sambil tengok kan Alif buat kerja sekolah...sambil lipat kain.
Biasalah orang perempuan ni macam robot...tak henti-henti kerja kerja kerja....

Wednesday, January 21, 2009

masa

Sejak Eleng ada ni, free lah sikit. Ada masa untuk turun court main badminton.....sempat bersauna 3, 4 kali seminggu....rehat sikit. Sementara tunggu keputusan SPM ni eleng kena belayar memasak, dapatkan lesen kereta dan motor dan jadi cikgu tuisyen clif sambil buat kerja-kerja rumah....jangan pandai melawa je kerja satu pun tak pandai.
Semalam eleng masak ikan cencaru sumbat, terkejut ayah dia masa makan malam tadi...sedap kot...ialah tengok siapa yang ajar.....
Weekend ni eleng nak ke kota bharu dgn family tina, mak dia pelawa banyak kali baru kali ni benarkan dia pergi, kesian boring jugak dia duduk rumah je.
Ekin pulak sibuk dengan subjek maths...kalau student kelas elit dah tak faham apa cikgu ajar, macamanalah students lain nak faham...macamana ni? apa yang tak kena ni? kena siasat...